Sembilu (siri filem)

Sembilu ialah siri filem drama romantik Malaysia arahan Yusof Haslam yang turut berkhidmat sebagai penerbit dan penulis skrip, terbitan Skop Productions. Ia terdiri daripada 3 filem cereka, bermula dengan tayangan filem pertama bertajuk sama pada 18 Ogos 1994, kemudian diikuti dengan filem kedua yang ditayangkan pada 1 Jun 1995. Filem ketiga dan terakhir dalam francais ini, Sembilu 2005 merupakan pembikinan semula daripada dua filem terdahulu dengan jalan cerita berbeza ditayangkan pada 24 Mac 2005. Kejayaan Sembilu turut membawa kepada penerbitan sebuah siri drama televisyen bertajuk sama dan siri drama TV susulannya, Sembilu Kasih.

Sembilu (siri filem)

Bahasa Melayu
Muzik oleh
  • Musa Idris (1–2)
  • Johari Teh (3)
Disunting oleh Salehan Shamsudin (1–3)
Pengarah Yusof Haslam
Penulis Yusof Haslam
Penerbit Yusof Haslam
Mula ditayangkan
  • 1: 18 Ogos 1994
  • 2: 1 Jun 1995
  • 3: 24 Mac 2005
Syarikatpenerbitan
Sinematografi
Tempoh tayangan 313 minit (1–3)
Negara Malaysia

Rujukan

WikiPedia: Sembilu (siri filem) http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Friday/Hiburan... http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Tuesday/Hibura... http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Tuesday/Hibura... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt... https://www.screendaily.com/malaysian-box-office-r... https://www.klik.com.my/item/story/2207218/kelaina... https://www.klik.com.my/item/story/257374/filem-se... https://www.klik.com.my/item/story/4510055/spellbo... https://www.klik.com.my/item/story/575128/sembilu-... https://www.pnm.gov.my/yangpertama/Seni_Boxoffice....